Persatuan Generasi Sejahtera

iSejahtera ditubuhkan pada tahun 2018 namun ianya dahulu dikenali sebagai Terapcare bagi negeri kedah (bermula pada tahun 2008) dan iCare Youth Malaysia (bermula pada tahun 2011) dan kini keduanya digabungkan menjadi Persatuan Generasi Sejahtera.
Persatuan Generasi Sejahtera bergerak sebagai sebuah Non-Government Organization (NGO) anak muda dan bersama generasi yang sedar berkaitan kebajikan sosial masyarakat di Malaysia. Ia menjadi jambatan penghubung antara badan kerajaan, swasta dan dermawan yang prihatin dengan golongan asnaf yang memerlukan.

iSejahtera mensasarkan 5 teras penting dalam misi kebajikan iaitu:
1. Mengupaya ekonomi Asnaf
2.Pembelaan pendidikan Asnaf
3.Kediaman yang bersyariat dan selesa
4.Dakwah yang komprihensif
5.Bantuan makanan asasi

Close Menu